Monday, December 7, 2009

Khabar Angin : Sony Ericsson KURARA

Sony Ericsson KURARA merupakan model terbaru yang akan berada dipasaran pada tahun hadapan. Spesifikasi adalah seperti berikut: skrin sesentuh 3.5" AMOLED, Sistem Operasi Symbian, Kamera 8.1 mp, berkeupayaan merekod video 720p. Kalau diperhatikan  betul-betul dibahagian belakang telefon tersebut, terdapat logo HD yang mungkin menunjukkan keupayaan telefon ini merakam dan memainkan video dalam format FULL HD.


Friday, December 12, 2008

SIAPAKAH PENCIPTA TELEFON SELULAR?

Telefon Selular ataupun kini lebih dikenali dengan nama Telefon Bimbit atau Telefon Tangan sudah tidak asing lagi bagi kita. Malahan sesuatu yang pelik pula bagi yang tidak memilikinya, sudah menjadi satu keperluan pada zaman ini dan bukan lagi satu kemewahan. Namun tahukah anda siapakah yang mencipta telefon selular?





Dilahirkan pada 26 Disember 1928, beliau ialah Dr. Martin Cooper, bekas Ketua Jurutera di Motorola. Beliau juga merupakan orang yang pertama membuat panggilan menerusi telefon selular. Panggilan  tersebut dibuat dihadapan para wartawan dan orang ramai di Bandaraya New York pada 03 April 1973. Panggilan bersejarah itu dijawab oleh dr. Joel S. Engel iaitu Ketua Pengkaji di Bell Labs. Model Telefon Selular yang pertama didunia (seperti didalam foto diatas) ialah Motorola DynaTAC dengan beratnya 1 Kg, dan mempunyai masa bercakap selama 35 minit. Menurut beliau, idea untuk mencipta telefon selular tersebut timbul selepas beliau menonton siri Star Trek. Namun begitu, Dr. Cooper telah meninggalkan Motorola sebelum telefon Selular tersebut dijual kepada umum.



Kini setelah 36 tahun panggilan tersebut dibuat, telefon selular telah mengalami berbagai evolusi. Hasilnya seperti apa yang kita ada dan lihat pada hari ini.

Saturday, July 5, 2008

KONSEP-TELEFON WINDOWS MOBILE BERKUASA SOLAR

Eclipse Intuit nama yang diberikan kepada telefon bimbit konsep rekaan Eddie Goh. Ia berasaskan Windows Mobile dengan papan kekunci jenis gelungsur. Berasaskan Solar - ia bukan sahaja dikuasakan oleh cahaya matahari, malahan bahagian luaran telefon bimbit ini disaluti bahan kimia supaya dapat membantu memulihkan tenaga bateri.Dilengkapi dengan kamera 5.0 megapiksel. Tak seperti kebiasaan, Intuit ini mempunyai papan kekunci QWERTY jenis "virtual" iaitu yang terletak pada skrin kedua serta mempunyai tindak balas taktil.

ULANG TAHUN KE-10 SYMBIAN

Symbian, Sistem Operasi(OS) yang terkenal. Biasa digunakan didalam tekefon bimbit Nokia juga Sony Ericsson, Samsung dan juga Motorola kini telah menyambut ulangtahun ke-10.
Bagi meraikan sambutan ini, symbian telah membuka satu laman Web istimewa sempena sambutan ke-1o tahun.
Terdapat berbagai aktiviti di laman web tersebut. Klik disini untuk melawat ke laman web tersebut.

Tuesday, June 24, 2008

O2 - COCOON TELEFON TERBARU DARI O2

Cocoon telefon unik terbaru dari O2, berwarna putih dengan paparan LED biru diluarnya. Pasti menarik perhatian walaupun dari jauh. Cocoon ini bukan hanya sebuah telefon bimbit malahan ia juga merupakan pemain mp3, kamera, jam beramaran dan macam-macam lagi. Keunikan cocoon ini adalah terletak pada paparan LED luarannya, berwarna kebiru-biruan dan dapat mempamerkan pelbagai maklumat.







TELEFON EKONOMI NOKIA TERBARU

1508 merupakan model low-end terbaru dari Nokia, menampilkan fungsi-fungsi biasa telefon bimbit. Tiada kamera tetapi terdapat radio Fm dan fungsi perakam suara.

ALICIA - SIRI WALKMAN TERBARU DARI SONY ERICSSON

Selepas model C905 cybershot, SE tampil lagi dengan model terbaru dalam siri Walkman iaitu Alicia - telefon jenis lipat dengan dua skrin. Jika diperhatikan, skrin luarannya tampil dengan bentuk lain dari kebiasaan. Skrin tersebut mempunya banyak fungsi antaranya, ia akan bertukar mengikut cuaca semasa.
Dengan papan kekunci yang rata dan bentuk yang sedikit pelik, telefon ini pasti akan menjanjikan kelainan kepada peminat telefon muzik. Nantikan perkembangan terkini model ini.