Friday, December 12, 2008

SIAPAKAH PENCIPTA TELEFON SELULAR?

Telefon Selular ataupun kini lebih dikenali dengan nama Telefon Bimbit atau Telefon Tangan sudah tidak asing lagi bagi kita. Malahan sesuatu yang pelik pula bagi yang tidak memilikinya, sudah menjadi satu keperluan pada zaman ini dan bukan lagi satu kemewahan. Namun tahukah anda siapakah yang mencipta telefon selular?





Dilahirkan pada 26 Disember 1928, beliau ialah Dr. Martin Cooper, bekas Ketua Jurutera di Motorola. Beliau juga merupakan orang yang pertama membuat panggilan menerusi telefon selular. Panggilan  tersebut dibuat dihadapan para wartawan dan orang ramai di Bandaraya New York pada 03 April 1973. Panggilan bersejarah itu dijawab oleh dr. Joel S. Engel iaitu Ketua Pengkaji di Bell Labs. Model Telefon Selular yang pertama didunia (seperti didalam foto diatas) ialah Motorola DynaTAC dengan beratnya 1 Kg, dan mempunyai masa bercakap selama 35 minit. Menurut beliau, idea untuk mencipta telefon selular tersebut timbul selepas beliau menonton siri Star Trek. Namun begitu, Dr. Cooper telah meninggalkan Motorola sebelum telefon Selular tersebut dijual kepada umum.



Kini setelah 36 tahun panggilan tersebut dibuat, telefon selular telah mengalami berbagai evolusi. Hasilnya seperti apa yang kita ada dan lihat pada hari ini.