Friday, December 12, 2008

SIAPAKAH PENCIPTA TELEFON SELULAR?

Telefon Selular ataupun kini lebih dikenali dengan nama Telefon Bimbit atau Telefon Tangan sudah tidak asing lagi bagi kita. Malahan sesuatu yang pelik pula bagi yang tidak memilikinya, sudah menjadi satu keperluan pada zaman ini dan bukan lagi satu kemewahan. Namun tahukah anda siapakah yang mencipta telefon selular?





Dilahirkan pada 26 Disember 1928, beliau ialah Dr. Martin Cooper, bekas Ketua Jurutera di Motorola. Beliau juga merupakan orang yang pertama membuat panggilan menerusi telefon selular. Panggilan  tersebut dibuat dihadapan para wartawan dan orang ramai di Bandaraya New York pada 03 April 1973. Panggilan bersejarah itu dijawab oleh dr. Joel S. Engel iaitu Ketua Pengkaji di Bell Labs. Model Telefon Selular yang pertama didunia (seperti didalam foto diatas) ialah Motorola DynaTAC dengan beratnya 1 Kg, dan mempunyai masa bercakap selama 35 minit. Menurut beliau, idea untuk mencipta telefon selular tersebut timbul selepas beliau menonton siri Star Trek. Namun begitu, Dr. Cooper telah meninggalkan Motorola sebelum telefon Selular tersebut dijual kepada umum.



Kini setelah 36 tahun panggilan tersebut dibuat, telefon selular telah mengalami berbagai evolusi. Hasilnya seperti apa yang kita ada dan lihat pada hari ini.

Saturday, July 5, 2008

KONSEP-TELEFON WINDOWS MOBILE BERKUASA SOLAR

Eclipse Intuit nama yang diberikan kepada telefon bimbit konsep rekaan Eddie Goh. Ia berasaskan Windows Mobile dengan papan kekunci jenis gelungsur. Berasaskan Solar - ia bukan sahaja dikuasakan oleh cahaya matahari, malahan bahagian luaran telefon bimbit ini disaluti bahan kimia supaya dapat membantu memulihkan tenaga bateri.Dilengkapi dengan kamera 5.0 megapiksel. Tak seperti kebiasaan, Intuit ini mempunyai papan kekunci QWERTY jenis "virtual" iaitu yang terletak pada skrin kedua serta mempunyai tindak balas taktil.

ULANG TAHUN KE-10 SYMBIAN

Symbian, Sistem Operasi(OS) yang terkenal. Biasa digunakan didalam tekefon bimbit Nokia juga Sony Ericsson, Samsung dan juga Motorola kini telah menyambut ulangtahun ke-10.
Bagi meraikan sambutan ini, symbian telah membuka satu laman Web istimewa sempena sambutan ke-1o tahun.
Terdapat berbagai aktiviti di laman web tersebut. Klik disini untuk melawat ke laman web tersebut.

Tuesday, June 24, 2008

O2 - COCOON TELEFON TERBARU DARI O2

Cocoon telefon unik terbaru dari O2, berwarna putih dengan paparan LED biru diluarnya. Pasti menarik perhatian walaupun dari jauh. Cocoon ini bukan hanya sebuah telefon bimbit malahan ia juga merupakan pemain mp3, kamera, jam beramaran dan macam-macam lagi. Keunikan cocoon ini adalah terletak pada paparan LED luarannya, berwarna kebiru-biruan dan dapat mempamerkan pelbagai maklumat.







TELEFON EKONOMI NOKIA TERBARU

1508 merupakan model low-end terbaru dari Nokia, menampilkan fungsi-fungsi biasa telefon bimbit. Tiada kamera tetapi terdapat radio Fm dan fungsi perakam suara.

ALICIA - SIRI WALKMAN TERBARU DARI SONY ERICSSON

Selepas model C905 cybershot, SE tampil lagi dengan model terbaru dalam siri Walkman iaitu Alicia - telefon jenis lipat dengan dua skrin. Jika diperhatikan, skrin luarannya tampil dengan bentuk lain dari kebiasaan. Skrin tersebut mempunya banyak fungsi antaranya, ia akan bertukar mengikut cuaca semasa.
Dengan papan kekunci yang rata dan bentuk yang sedikit pelik, telefon ini pasti akan menjanjikan kelainan kepada peminat telefon muzik. Nantikan perkembangan terkini model ini.

SONY ERICSSON 8.1 MEGA PIKSEL - TELEFON BERKAMERA ATAU KAMERA BERTELEFON?

Terkeliru dengan tajuk diatas? Usah peningkan kepala anda, Sony Ericsson peneraju telefon bimbit berkamera telah menghasilkan satu model terbaru C905 "shiho" yang hingga kini masih belum diumumkan lagi. 8.1 Mega piksel merupakan angka tertinggi bagi kamera telefon buat masa ini. Kamera ini mempunyai fungsi yang tidak pernah terdapat pada kamera telefon sebelum ini. Antaranya:-
  • Fokus Automatik dengan pengesan wajah

  • Penstabil Imej

  • *Best Pict

  • Pengurang Kesan Mata Merah (red eye)

  • Xenon Flash dengan lampu tambahan LED

Buat pertama kalinya, Telefon berkamera Sony Ericsson boleh merakam video dengan keupayaan resolusi VGA (640x480 piksel) beserta fungsi penstabil video. Satu lagi fungsi terbarunya dipanggil Smart Contrast iaitu penyesuai kontras gambar mengikut keadaan semasa gambar diambil.

BARISAN NOKIA SUPERNOVA BARU YANG MENGANCAM

Sebanyak 3 model terbaru dari koleksi Supernova telah tersebar di internet. Model yang menarik ini paling sesuai untuk dimiliki oleh wanita, Dibahagikan kepada 3 model iaitu 7310, 7510 dan 7610. Kelebihan yang ketara untuk ketiga-tiga model ini ialah fungsi menukar theme, wallpaper dan skim warna hanya dengan sekali tekan pada butang kamera. Fungsinya lebih kurang begini, apabila anda menangkap gambar - telefon tersebut secara automatik akan menyesuaikan warna utama daripada gambar tersebut untuk digunakan pada theme, wallpaper dan skim warna. Ok, sekarang mari kita intai-intai ketiga-tiga model tersebut.
Nokia 7310, berbentuk candy bar beroperasi menggunakan symbian s40 edisi ke 5. Skrin QVGA 2.2 inci, 3.5mm jek set fon kepala dengan pemain muzik serta Radio FM. Namun begitu telefon ini tiada sambungan 3g.

Nokia 7510 pula berbentuk lipat, dengan dua skrin dalam dan luar. Skrin luar jenis monochrome 128x160 piksel manakala skrin utama pula ialah paparan QVGA 16 juta warna (OLED). Kamera 2.0 mega piksel tanpa fokus auto, terdapat Radio FM dan juga beroperasi dengan symbian s40.

Dan yang terakhir sekali Nokia 7610, merupakan Supernova yang terbaik antara ketiga-tiga model. Berbentuk gelungsur ia merupakan model 6500 yang di balut dengan rekahias yang terbaru. Antara kelebihannya ialah kamera 3.2 mega piksel dan plug sambungan ke TV.

Thursday, June 19, 2008

TIGA TELEFON NOKIA TERBARU - 2 N-SERIES DAN 5800 TUBE

Nokia N79 - di datangkan dengan 2 warna titanium dan putih. Rekabentuk seiras dengan N82 kecuali pad kekunci yang berbeza. Saiz skrin adalah standard untuk semua N-series iaitu - 2.4".

Nokia N85 - berbentuk gelungsur berganda(dual-slide) seperti N95/96 didatangkan dengan kamera 5.0 megapiksel seperti juga N95/96 dengan tambahan lampu denyar(Xenon Flash) serta penutup lensa aktif. Hadir dengan dua pilihan warna Hitam-Putih.
Akhir sekali, Nokia 5800 Tube - telefon skrin sesentuh sepenuhnya. Butang kawalan yang minima dan menggunakan kawalan jari ataupun stylus. Ia juga merupakan telefon pertama menggunakan Sistem Operasi S60 UI - paparan pengguna jenis sentuhan. Kamera berkeupayaan 3.2 megapiksel dengan dua LED. Scroll kebawah lagi untuk Demo...

SAMSUNG I900 TELAH DIUMUMKAN

Samsung telah melancarkan telefon skrin sesentuh baru berasaskan sistem operasi Windows Mobile - I900. Omnia - gelaran yang diberi kepadanya mengabungkan banyak fungsi-fungsi terkini didalam satu pakej yang kompak. Di kuasakan oleh Win-Mobile versi 6.1, skrin besar 3.2" dan disertakan dengan kamera 5.0 megapiksel. Seperti jua Apple iphone, Omnia ini didatangkan dengan dua pilihan kapasiti memori dalaman iaitu 8gb dan 16gb. Juga dilengkapi dengan sensor gerakan accelerometer.
Berdasarkan spesifikasi, adalah dapat dipastikan bahawa ia merupakan telefon yang lengkap semua dalam satu. Mengikut trend terkini untuk telefon skrin sesentuh, I900 ini mempunyai fungsi maklumbalas Haptic (gegaran kecil untuk setiap sentuhan butang virtual) , dan butang kawalan minima. Untuk melayari internet pula, ia didatangkan dengan pelayar Opera Mobile 9.5 dan berkeupayaan sambungan WiFi dan 3g. Dijangka dilancarkan dalam bulan Ogos.

AKAN DATANG: TELEFON BLACKBERRY THUNDER

Imej telefon BlackBerry terbaru, Thunder telah tersebar di internet dan kali ini dengan gambar yang jelas. Seperti yang dapat dilihat dari gambar tersebut, telefon ini didominasi oleh skrin sesentuh yang besar dengan hanya 4 butang kawalan - dari kiri ke kanan: Butang Panggilan/hantar, Butang Menu, Butang Keluar dan Butang Tamat Panggilan.Di sebelah kiri telefon pula terdapat Port USB, di sebelah kanan pula Butang Kamera, Butang Pemain Muzik, Jack Fon Kepala dan Butang kawalan Suara. Thunder ini tidak mempunyai Papan Kekunci seperti kelaziman pada telefon BlackBerry, jadi pengguna terpaksa menggunakan Papan Kekunci Virtual.

Wednesday, June 18, 2008

APPLE IPHONE 3G DILANCARKAN

Generasi kedua iphone iaitu iphone 3g telah dilancarkan, dan masih mengekalkan rekabentuk seperti sebelum ini dengan sedikit perbezaan terutamanya bahagian belakang. Dengan keupayaan 3g, ia memberi kelebihan berbanding model sebelum ini. Namun iphone 3g ini tidaklah seperti yang dibayangkan oleh kita kerana ia tidak dapat membuat panggilan video seperti selayaknya untuk telefon 3g yang lain. Keupayaan 3gnya hanyalah untuk kemudahan internet sahaja. Malah sambungan bluetoothnya pula masih lagi seperti model terdahulu, tidak dapat menghantar atau menerima fail. Hanya set kepala( head phone ) dengan profil A2DP sahaja yang dapat digunakan untuk fungsi bluetooth. Kamera masih lagi dengan modul 2.0 mega piksel dan tidak dapat digunakan untuk merakam video. Didatang kan dengan memori terbina dalam sebanyak 8gb dan 16gb, ia memberi keupayaan penyimpanan yang tinggi.
Telefon ini dipertingkatkan dengan firmware 2.0 yang mengandungi beberapa pembaikan dan fungsi terbaru. Untuk pemilik iphone generasi pertama pula kemungkinan dalam bulan Julai ini anda akan dapat memuaturun firmware 2.0 tersebut supaya keupayaan iphone anda dapat dipertingkatkan lagi. Namun harus diingat, hanya iphone yang sah dan "halal" sahaja yang dapat memuaturun firmware tersebut dengan menggunakan itunes. Yang membeli secara tidak sah terpaksalah menunggu sehingga ada crack yang dicipta untuk mendapatkan firmware tersebut.
Dilengkapi dengan GPS terbina dalam, ia memberi kelebihan fungsi geo-tagging. Akhir kata disebalik beberapa kelemahan, iphone masih lagi merupakan telefon yang paling canggih dipasaran. Iphone telah menetapkan standard yang tinggi untuk penghasilan telefon masa kini dan masa depan.

Klik disini untuk maklumat lanjut.

LAGI TELEFON SONY ERICSSON DIPERTINGKATKAN

Selepas model Ducati Z770, kini Sony Ericsson mengeluarkan satu lagi model edisi istimewa MTV untuk model W760. Model Walkman ini dihiasi dengan warna-warna yang terang lagi menarik sesuai untuk remaja perempuan dan juga lelaki. Pasti didatangkan dengan nada dering, Wallpaper dan theme dari MTV.

TELEFON SKRIN SESENTUH YANG MUAT DI TAPAK TANGAN ANDA

Neon 7, merupakan antara telefon skrin sesentuh yang terkecil dipasaran. Namun, disebalik saiz yang kecil fungsi-fungsinya setanding dengan telefon-telefon lain yang ada dipasaran. Dengan skrin bersaiz 1.9", 1.3 megapiksel, Mslot kad Micro SD, Bluetooth dengan profil A2DP, pengenalan tulisan tangan an speech synthesis - untuk membaca menu dan nombor panggilan masuk pasti berbaloi memilikinya. Berita sedih untuk rakyat Malaysia kerana ia tidak ada di pasaran negara kita.

PALM TREO 800W AKAN DATANG

Sekali lagi Imej kabur model Palm terbaru yang belum diumumkan telah tersebar di internet. Dari gambar tersebut dapat dipastikan bahawa rekaannya masih mengekalkan rekaan sebelum ini. Model 800w ini akan beroperasi menggunakan Windows Mobile 6.1 dengan kapasiti RAM 100mb, 170mb memori pengguna, sambungan WiFi dan kamera 2.0 mega piksel. Seperti kebiasaan pengguna di Malaysia hanya dapat melihat di internet sahaja disebabkan telefon ini besar kemungkinannya tidak terdapat di pasaran.

Tuesday, June 17, 2008

HTC DIAMOND DI PASARAN


Telefon Bimbit HTC yang paling dinanti-nantikan telah berada di pasaran sekarang. Dengan harga yang berpatutan(?) RM 2799 di pasaran Malaysia, HTC Diamond ini merupakan telefon berasaskan Windows Mobile yang terbaik jika dibandingkan dengan model dari pesaing-pesaing yang terdekat. Di kuasakan oleh Sistem Operasi Win.Mobile 6.1 profesional, Diamond ini juga dilengkapi dengan TouchFlo 3D iaitu User interface terbaru atau lebih tepat lagi generasi ke 3 rekaan HTC. Kawalan dihujung jari anda, dengan animation effect yang menarik pasti menjadikan Diamond ini pesaing yang serius untuk Apple Iphone.



Dimensions: 102 x 51 x 11.3 mm
Weight: 110 g
Operating frequencies: GSM/GPRS/EDGE (900/1800/1900 MHz), UMTS/HSDPA (900/2100 MHz)
OS: Windows Mobile 6.1 Professional
Platform: Qualcomm MSM7201A, 528 Mhz CPU, video accelerator
Display: 2.8”, touch-sensitive VGA (480x640)
Camera: 3.2 Mpix, autofocus, forward-facing VGA camera for videoconferencing
Bundled memory: 4Gb storage, 256 Mb flash
RAM: 128 Mb
Connectivity: Bluetooth 2.0 + EDR, Wi-Fi 802.11 b/g, HTC ExtUSB (USB 2.0)
Navigation: GPS/AGPS
Battery: 900 mAh
Battery time: Talk time (GSM): 4 hours, standby time (GSM): 300 hours
Extras: G-sensor, FM-radio, ambient light sensor
Sila klik disini untuk maklumat lanjut.
Istimewa untuk anda semua, saksikan demo Touch Flo 3d beraksi selepas ini.

Kring...!!! kring...!!! I wish I have one......;)

SONY ERICSSON XPERIA X1

Sony Ericsson Xperia X1 yang dijangka dipasaran September ini mungkin boleh didapati dalam 2 warna iaitu Hitam dan warna yang terbaru Perak.Telefon bimbit canggih ini merupakan yang pertama dari Sony Ericsson yang menggunakan Sistem Operasi (OS) Windows Mobile 6.1 profesional. Mempunyai paparan pengguna (user interface) terbaru rekaan sendiri, telefon ini memang mempunyai gaya yang elegan dan ada kelas tersendiri. Namun buat masa ini belum dapat dipastikan samada telefon ini akan berada di Malaysia ataupun tidak. Untuk maklumat lanjut klik sini.

Spesifikasi:

GSM 850 / 900 / 1800 / 1900 HSDPA 850 / 1900 / 2100
Saiz / Berat:
110.5 x 52.6 x 17 mm / 158 g
Paparan : TFT touchscreen, 65K colors
800 x 480 pixels, 3 inches
- Papan Kekunci QWERTY - navigasi joystick optikal
Kad Memori : microSD (TransFlash)
- 400 MB internal memory- 256MB RAM, 512MB storage memory- Qualcomm MSM7200 528MHz processor
EDGE, 3G, HSDPA, 7.2 Mbps, Wi-Fi 802.11b/g, bluetooth v2.0 with A2DP
Kamera :
3.15 MP, 2048x1536 pixels, autofocus, video(VGA@30fps), flash; videocall kamera

- Built-in GPS receiver- A-GPS function- Java MIDP 2.0- FM radio with RDS- MP3/AAC/MPEG4 player- Motion sensor (with UI auto-rotate)- TrackID music recognition- Picture editor/blogging - Organiser- T9- Built-in handsfree- Voice memo/dial
Battery

Standard battery, Li-Po 1500 mAh (BST-41)
Kring!!! kring!!!

NOKIA MEMPATENKAN TELEFON KAMERA TERBARU

Kita mungkin tidak akan dapat melihat telefon terbaru berbentuk seperti N93 sehingga tahun 2010. Tapi, Nokia telah mempatenkan bentuk terbaru, gelungsur dengan kamera disisi - ala N93.
Model yang besar kemungkinan akan menggunakan nama N85 ini mempunyai resolusi skrin WQVGA 240 X 400 dan sekurang-kurangnya mempunyai kamera 5.0 megapixel. Telefon Kamera ini lebih menfokuskan kepada fungsi Rakaman Video kualiti tinggi seperti juga N93.

SONY ERICSSON Z770 VERSI DUCATI

Telefon Sony Ericsson Z770 telah menerima face lift terbaru dengan kerjasama syarikat permotoran yang terkenal DUCATI. Untuk pertama kalinya apabila syarikat permotoran menyumbang dalam rekabentuk telefon bimbit, yang sebelum ini telah dilakukan oleh syarikat pembuat kereta.

Dilengkapi dengan theme-Ducati wallpaper, ringtone, screen saver dan lebih istimewa apabila di lengkapi dengan set bluetooth Ducati. Akan dilancarkan di Itali pada bulan Jun.


Kring.....kring.......

Saturday, June 14, 2008

SONY ERICSSON P5 (PARIS) KINI MUNCUL

Kehadiran model baru Sony Ericsson P5 atau pun dikenali sebagai Paris tidak lagi menjadi rahsia apabila berita dan gambar mengenainya telah mula berlegar di internet. Telefon bimbit ini merupakan yang terbaru di dalam siri P Sony Ericsson dan masih belum dikeluarkan dipasaran.



Telefon Bimbit ini dikuasakan oleh Symbians UIQ dengan skrin sesentuh. Menampilkan bentuk gelungsur (sliding) mempunyai papan kekunci QWERTY dan merupakan model yang pertama seumpamanya dari Sony Ericsson.





Spesifikasi P5:

  • Kamera 5 megapixel dengan Fokus Automatik
  • Wifi
  • GPS
  • Skrin 2.6"
  • Bateri 960 mAH
  • Papan kekunci QWERTY
  • Skrin Sesentuh
  • Butang sensitif sentuhan
  • Aplikasi Widget
  • Opera Browser 9.5

Kring...kring!!!

WELCOME! SELAMAT DATANG KE MOBILEKINI.BLOGSPOT

Blog MOBILEKINI ini didedikasikan untuk peminat dan penggemar gadget-gadget mobile(mudah alih) yang terkini terutamanya telefon bimbit (handphone) dari semua jenama samada yang boleh didapati di Malaysia ataupun hanya terdapat di Negara luar.
Blog ini akan dikendalikan didalam bahasa Malaysia, dan diharap akan dapat memudahkan anda semua untuk mengikuti segala perkembangan terkini gadget-gadget di dunia. Disini juga anda akan dapat membaca dan mendapat maklumat yang mengenai perkembangan yang terkini mengenai model-model yang terkini di pasaran.
Selamat Membaca. Happy Reading. Sudi-sudilah tinggalkan comments sekiranya suka atau pun sebaliknya. ;) Kring...kring!!!

*kredit untuk Mr Artnanz diatas sumbangan Header yg menghiasi blog ini. Check it out!