Tuesday, June 24, 2008

BARISAN NOKIA SUPERNOVA BARU YANG MENGANCAM

Sebanyak 3 model terbaru dari koleksi Supernova telah tersebar di internet. Model yang menarik ini paling sesuai untuk dimiliki oleh wanita, Dibahagikan kepada 3 model iaitu 7310, 7510 dan 7610. Kelebihan yang ketara untuk ketiga-tiga model ini ialah fungsi menukar theme, wallpaper dan skim warna hanya dengan sekali tekan pada butang kamera. Fungsinya lebih kurang begini, apabila anda menangkap gambar - telefon tersebut secara automatik akan menyesuaikan warna utama daripada gambar tersebut untuk digunakan pada theme, wallpaper dan skim warna. Ok, sekarang mari kita intai-intai ketiga-tiga model tersebut.
Nokia 7310, berbentuk candy bar beroperasi menggunakan symbian s40 edisi ke 5. Skrin QVGA 2.2 inci, 3.5mm jek set fon kepala dengan pemain muzik serta Radio FM. Namun begitu telefon ini tiada sambungan 3g.

Nokia 7510 pula berbentuk lipat, dengan dua skrin dalam dan luar. Skrin luar jenis monochrome 128x160 piksel manakala skrin utama pula ialah paparan QVGA 16 juta warna (OLED). Kamera 2.0 mega piksel tanpa fokus auto, terdapat Radio FM dan juga beroperasi dengan symbian s40.

Dan yang terakhir sekali Nokia 7610, merupakan Supernova yang terbaik antara ketiga-tiga model. Berbentuk gelungsur ia merupakan model 6500 yang di balut dengan rekahias yang terbaru. Antara kelebihannya ialah kamera 3.2 mega piksel dan plug sambungan ke TV.

No comments: