Wednesday, June 18, 2008

APPLE IPHONE 3G DILANCARKAN

Generasi kedua iphone iaitu iphone 3g telah dilancarkan, dan masih mengekalkan rekabentuk seperti sebelum ini dengan sedikit perbezaan terutamanya bahagian belakang. Dengan keupayaan 3g, ia memberi kelebihan berbanding model sebelum ini. Namun iphone 3g ini tidaklah seperti yang dibayangkan oleh kita kerana ia tidak dapat membuat panggilan video seperti selayaknya untuk telefon 3g yang lain. Keupayaan 3gnya hanyalah untuk kemudahan internet sahaja. Malah sambungan bluetoothnya pula masih lagi seperti model terdahulu, tidak dapat menghantar atau menerima fail. Hanya set kepala( head phone ) dengan profil A2DP sahaja yang dapat digunakan untuk fungsi bluetooth. Kamera masih lagi dengan modul 2.0 mega piksel dan tidak dapat digunakan untuk merakam video. Didatang kan dengan memori terbina dalam sebanyak 8gb dan 16gb, ia memberi keupayaan penyimpanan yang tinggi.
Telefon ini dipertingkatkan dengan firmware 2.0 yang mengandungi beberapa pembaikan dan fungsi terbaru. Untuk pemilik iphone generasi pertama pula kemungkinan dalam bulan Julai ini anda akan dapat memuaturun firmware 2.0 tersebut supaya keupayaan iphone anda dapat dipertingkatkan lagi. Namun harus diingat, hanya iphone yang sah dan "halal" sahaja yang dapat memuaturun firmware tersebut dengan menggunakan itunes. Yang membeli secara tidak sah terpaksalah menunggu sehingga ada crack yang dicipta untuk mendapatkan firmware tersebut.
Dilengkapi dengan GPS terbina dalam, ia memberi kelebihan fungsi geo-tagging. Akhir kata disebalik beberapa kelemahan, iphone masih lagi merupakan telefon yang paling canggih dipasaran. Iphone telah menetapkan standard yang tinggi untuk penghasilan telefon masa kini dan masa depan.

Klik disini untuk maklumat lanjut.

No comments: